Pergi Ke Marang, Terengganu

Pulau Kapas terletak dalam 6 km dari arah barat Marang, Terengganu. Bot untuk ke Pulau Kapas akan bertolak dari Jeti Marang dimana ianya sekitar 30 minit perjalanan dari Kuala Terengganu. 

Pergi Ke Marang

Marang terletak di arah selatan Kuala Terengganu dan ianya berbeza dengan satu lagi tempat yang hampir sama namanya, iaitu Merang.

Merang terletak di arah utara Kuala Terengganu dan merupakan tempat perlepasan untuk pergi ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. 

Melalui Kapal Terbang

Lapangan terbang yang paling dekat adalah Kuala Terengganu, iaitu sekitar 30 minit perjalanan.

Air Asia and Malaysia Airlines membuat penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Daripada lapangan terbang Kuala Terengganu, anda boleh mendapatkan bas atau teksi untuk pergi ke Marang. 

Melalui Jalan Raya - Perkhidmatan Awam

Tidak terdapat bas yang terus pergi ke Marang. Anda perlu pergi ke Kuala Terengganu terlebih dahulu.

Jika anda menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, anda boleh meminta pemandu bas untuk menurunkan anda di Marang.

 

Dari Singapore bas akan bertolak dari stesen bas Lavender St. Tiket adalah sekitar SGD 40 dan perjalanan biasanya mengambil masa 10 jam.

Bas biasanya bertolak awal pagi atau malam. Terdapat banyak lagi perkhidmatan bas dan syarikat pelancongan yang beroperasi dari Golden Mile Complex di Beach Road (seperti Five Stars, Enjoy Holiday Tours, Konsortium dan Gunung Raya)

Dari Johor Bahru bas akan bertolak dari stesen bas Larkin. Terdapat pelbagai perkhidmatan bas yang disediakan, seperti Transnational, Damai, Adik Beradik dan Cepat Express. Tiket biasanya berharga RM40 dan perjalanan mengambil masa sekitar 9 jam. 

Dari Kuala Lumpur bas bertolak dari Terminal TBS. Terdapat banyak pilihan bas, antaranya Transnational, Damai, Konsortium, Plusliner, Sutera dan Mutiara. Perjalanan biasanya mengambil masa dalam 7 jam. 

Dari Pulau Pinang bas bertolak dari Komtar ataupun stesen bas Butterworth. Perjalanan biasanya mengambil masa dalam 9 jam. 

Melalui Jalan Raya - Pandu Sendiri

Dari Kuala Lumpur anda boleh mengambil Lebuhraya Timur Barat ke arah Kuantan. Daripada Kuantan, anda boleh menghala ke arah Kuala Terengganu.  Marang terletak hampir 30 minit dari Kuala Terengganu, atau anggaran 30-45 minit dari Dungun. 

Dari Singapura / Johor Bahru anda boleh melintasi sempadan di Woodlands ataupun Second Link dan dari Johor Bharu anda boleh mengambil Plus Highway ke arah utara. Keluar di Yong Peng. Ikut laluan highway 1 ke arah Labis dan Segamat. highway 12 ke arah Kuantan, kemudian gunakan laluan pantai ke arah Kemaman, Paka dan Dungun ke arah Kuala Terengganu. Marang terletak anggaran 30 - 45 minit dari Dungun. 

Dari Pulau Pinang ambil lebuhraya Timur Barat ke arah Kota Bharu melalui Gerik dan Jertih.

Daripada Kota Bharu,  terus menuju ke arah selatan ke arah Kuala Terengganu. Daripada Kuala Terengganu, terus menuju ke arah selatan sehingga sampai di Marang.