Di Mana Pulau Kapas?

Pulau Kapas merupakan satu daripada banyak pulau yang terdapat dalam negeri Terengganu. Ianya terletak hanya 6 kilometer dari Jeti Marang. Di utara Pulau Kapas terdapat satu lagi pulau kecil, iaitu Pulau Gemia. 

Map Kapas Island In Malaysia

Keluasan Pulau Kapas adalah sekitar 1.5 hingga 2.5km. Pulau Kapas mendapat nama daripada keindahan pantainya yang putih dan cantik seperti kapas. Di kawasan pulau terdapat hutan tropika, laut yang jernih, pantai yang bersih, dan terdapat pelbagai terumbu karang dan spesis lautan di sekitar pulau. Ianya dinobatkan sebagai 'syurga' bagi penggemar snorkeling dan diving dan diperakui dalam banyak panduan pelancong seperti DK Eyewitness Travel Guide: Malaysia & Singapore. 

Anda boleh pergi ke Pulau Kapas melalui dari Jeti Marang. Pulau Kapas juga merupakan lokasi di mana kebanyakan penyelidikan tentang siput Amphidromus telah dijalankan.

Peta DiMana Pulau Kapas: